Perspektif Orang Muda mengenai BERSIH!!!!

Assalamu alaikum pembuka bicara…
Hari ini aku ingin bercerita…
Tajuk apa jadi bicara…
Tajuk BERSIH menjadi pembuka

Mari kita mula berbicara setelah lama aku tak update apa2 kt blog kesayangan aku ini. Ada dekat bpe bulan aku tk update. But kali nie aq terpakse mengupdatekn diri dlm blog nie pasal Perhimpunan BERSIH pd 9 JULAI 2011. Aq dpt lihat di FB,Twitter,Myspace, Tagged dan ape sume laman social yg ade selepas saje BERSIH nie berhimpun, punye la ramai Professor2 politik muncul entah dri mne memberi pendpt masing2 dlm perhimpunan BERSIH sama ada positif or negative. Kita dpt lihat sume kata aq betol, yg sowg lagi kate aq pon betol gak. Sume tk nk mengalah. Last2 dripda berkawan jdi musuh disbbkn hal2 mcm nie. Nasihat aq sng je, lain owg, lain pendpat. Kalau tk, xde la Allah swt jdi kn manusia nie laen2 warna kulit, keturunan, bangsa, agama.Sbb itu aq kate manusia ade pendapat masing2. Sng mcm nie, ade kite suka, owg laen x suka. Tk kn kite nk pkse dia terima pendpt kita. Mcm bercinta, klw owg 2 suke same suka jdi la bercinta dan berkahwin. Klw tk suka, smpai ke mati la dia tk suke kita wlpon cara mne sekali pon kita lakukan. Fullstop. Sume ade pendirian politik masing2 sama ada nk sokong pemerintah, pembankang or bebas. Itu namenye demokrasi. Sekurang2 nye masing ambil perhatian mengenai politik negara sekarang.

Bg kerajaan di Malaysia nie Perhimpunan Bersih adalah “ HARAM” siap kuar Fatwa menyertai nye adalah “HARAM”. Bg yg menyokong perhimpunan ini pula kata Ini Hak Rakyat utk berhimpun spt dlm Artikel 10 Perlembagaan Negara iaitu kebebasan bersuara. Mari kita kembali semula kpd perbincangan ttg perhimpunan bersih yg tengah hangat di Internet sekarang.Mcm goreng pisang panas.Ade yg aku bace menyokong perhimpunan ini dan ade yg menolak perhimpunan ini. Kalau menyokong akn bg pendpt dia sama jugak yg menolak dia pon bg pendpt dia.Jdi terpulang la kpd kebijaksanaan seseowg didlm hal ehwal politik. Kalau byk membaca ttg politik dia akn berckp menggunakan ape yg dia tahu, tpi klw sekadar berpandukan kpd Media massa spt TV, Newspaper, aku ingin minta maaf la sbb bg aku itu belum mengcukupi kerana ia hanya berat kpd pemerintah yg sedia ada.

Sekarang aku nk mula menulis dri perspektif aku pula. Aku adlah salah sowg rakyat Malaysia yg menyokong Perhimpunan Bersih ini. Kenapa aq menyokong, sbb bg aku itu adlh hak aku yg mahukan PilihanRaya sekarang ini bebas dari unsur2 negatif yg hanya untuk kepentingan pemerintah sedia ada. Disini aku akan ulas beberapa persoalan yg ditimbulkn oleh mereka yg menolak perhimpunan BERSIH ini.

1)Kenapa Ambiga dipilih sbg Pengerusi Bersih dan dia merupakan owg yg terlibat didlm Tuntutan IFC dan merupakan peguam Kes Lina Joy.

2)Buktikan SPR menipu didlm pilihanraya.

3)Perhimpunan menyebabkn kesesakan lalulintas, ekonomi Negara jatuh, peniaga2 disekitar KL terpksa tutup perniagaan dan berlakunya kerugian.

4)Kenapa tidak memilih stadium spt Di shah alam, Selangor yg ditawarkan Menteri Besar Selangor.

5)Kenapa tidak menghantar memo secara terus kpd YDP Agong semasa pertemuan tersebut tanpa perlu berhimpun ( Disini Ambiga, A. Samad Said, Zaid telah mengadakan perjumpaan dgn YDPA pd 5 Julai 2011)

6)Kenapa x berbincang dgn SPR mengenai tuntutan pilihan raya itu tanpa perlu berdemo.

7)Kenapa Pembankang boleh menang sampai 5 negeri klw Pilihan Raya kotor pd Tahun 2008.



Mari Aku terangkan persoalan2 diats berdasarkan perspektif Aku tentang Perhimpunan Bersih;

1)Kenapa ambiga dipilih. Okey. Ambiga nie merupakan Bekas Pengerusi Majlis Peguam dan dia merupakan owg yg x memihak kpd sesiapa sama ada pembankang or kerajaan. Dia dilantik oleh 62 Ngo yg menyertai BERSIH. Ramai yg pertikaikn perlantikan dia sbb dia merupakan owg yg terlibat didlm Kes Lina Joy dan tuntutan IFC. Siap ade yg kate spe yg sertai bersih bermakna dia menyokong tuntutan IFC. Kan pelik 2. Tuntutan IFC dan Bersih merupakan bnde yg berbeza sama sekali. Tuntutan Bersih adlah mahukan pilihan raya yg adil dan xde kena mengena dgn Tuntutan IFC. Okey sng cerita la. Kita ade buah durian, bile dikopek buah durian itu , isi kat dlm 2 ade yg elok dn berulat. Kita mesti mkn isi buah yg elok kn. Tk kn nk mkn yg isi yg berulat. Sama juga dgn perhimpunan bersih ini. Kita sokong Ambiga dan Bersih bkn disebabkn tuntutan IFC dia tetapi disebabkan Tuntutan Pilihanraya yg adil dimana ambiga ini menjadi pengerusi Bersih. Aku sendiri tidak menyokong sama sekali tuntutan IFC tetapi aku menyokong Tuntutan Bersih. Bnde yg berbeza. Takkn la Parti Pas dan owg Malay dlm PKR sokong Tuntutan IFC. Kami owg islam sama sekali menolak smpai ke lubang cacing x akn membenarkn Tuntutan IFC dilaksanakan. Sebelum ini, Pengerusi Bersih 1 adlah owg Melayu, iaitu Bekas Presiden MTUC tk igt name lak…. Syed ape tah…. Kenapa mase itu Tuntutan Bersih ade 16 tpi sekarang tggl 8 sahaja tidak penah dilayan oleh SPR. Waktu itu diaowg minta sblum pilihanraya Ke 12 pd tahun 2008 dibuat dakwat hitam pd jari bg mengelakkn sowg bole undi dua kali tpi SPR x melaksanakn satu pon Tuntutan tersebut.

Kembali pd Ambiga, Ya. Pengerusi bersih ialah ambiga. Ambiga ialah orang bukan islam. Ambiga menyokong lina joy selepas dia murtad selama 8 tahun. Maksudnya disini ialah lina joy murtad selepas 8 tahun baru jumpa ambiga. Dan ambiga tiada kena mengena dengan lina joy sehinggalah berlangsungnya satu forum memeluk islam. Ini bermaksud selepas lina joy murtad lapan tahun dia jumpa ambiga. Jadi selama lapan tahun neh siapa yang murtadkan lina joy? Lina joy sendiri. Dia sendiri yang murtadkan diri dia dulu, kini dan mungkin akan datang.

Ambiga bukan orang islam. Tak aneh apabila dia jumpa orang murtad dan dia menyokong mereka. Sama seperti kita. Apabila kita jumpa mereka yang memeluk islam sudah tentulah kita sokong mereka. Contoh situasi ;
1.Orang islam = murtad masuk kristian = jumpa geng kristian = geng2 kristian defend dia
2.Orang kristian = masuk islam = jumpa geng islam = geng2 islam bela dia


Ini situasi yang normal. Belajar menerima kenormalan neh. Yang tak normal apabila ada orang islam sendiri yang sokong murtadnya lina joy. Siapa mereka itu? Mereka itu individu yang membiarkan lina joy murtad selama 8 tahun tanpa apa2 pemantauan dan pertolongan. Siapa mereka? Ahli keluarga lina joy ada jawapan nya. Tak boleh salahkan kerajaan [umno] dan perlembagaan semata2. Iman itu terletak atas diri sendiri. Kalau kita nampak ahli keluarga yang murtad, kita kena bantu. Cari jalan untuk selamatkan mereka, bukan biarkan mereka bertahun2 sehingga mereka jauh tersesat ke dalam.Sampai kita nak selamatkan lagi pun dah tak boleh. Benda neh bila sampai ke pengetahuan masyarakat pada tahun 2007 [tak silap] dah tak boleh ubah apa2 sebab lina joy dah murtad selama 8 tahun tanpa pengawasan dan berhasil tukar ic daripada nama azalina kepada nama orang kristian.
Apa yang kerajaan boleh buat pada ketika itu ialah dakwahkan lina joy tetapi tiada peruntukan undang2 seperti itu. Bila kerajaan sendiri tiada ubat untuk mengubati maka disini lah kerajaan dikecam. Kita tidak kecam kerajaan kerana lina joy murtad. Tetapi kerajaan dikecam kerana tidak mampu mengubati kemurtadan lina joy. Ada beza disitu.


Ambiga ada kaitan dengan IFC. Ini bahaya.

Aku tidak tahu hal ini secara jelas. Yang aku tahu ambiga dan paklah masing2 menerima memo. Itu sahaja. Belum lagi nampak apa2 perkara yang boleh mengaitkan ambiga secara langsung dengan IFC sehingga kini. Akan datang aku tidak tahu. Apa pun IFC memang wajar ditentang oleh orang islam. Perjuangan bersih dan IFC ialah dua perjuangan yang berbeza. Jangan bawa sentimen keagamaan dalam perjuangan bersih kerana bersih memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil. Tiada dalam mana2 8 kempen bersih menyatakan apa2 perjuangan IFC. Dan SIS = salah seorang penyokong bersih dan IFC = marina mahathir = anak mahathir = ada kaitan dengan kerajaan. Sila lihat isu neh dengan lebih meluas dan adil.

Lagi satu lupa lak nk tambah. Okey. Klaw kowg kate kenapa mesti ambiga jugak. Okey sng.Aku nk tnye lak, kenapa mesti Kerajaan sekarang ini amik APCO- Yahudi sbg penasihat Negara. Ini mmg ade dlm parlimen. Menteri sendiri ckp. Byr RM 77 juta setahun. Kenapa mesti owg yahudi bg nasihat pd Negara tercinta aku ini. Bile Anwar Ibrahim nk dedah dlm Parlimen kena gantung dewan selama hampir 6 bulan psl isu ini. Kenapa takut dgn kebenaran. Aku bg link psl bnde ini

http://anwaribrahimblog.com/2010/03/31/dokumen-perjanjian-antara-apco-worlwide-dengan-kerajaan-malaysia/

Tgk dan baca sendiri dan fahamkn.
Bersih jugak xde kaitan dgn politik. Bersih dh jemput BN dan parti2 lain utk bersama didlm perhimpunan ini. Cth klw BN klh pilihanraya, BN pon nk pilihanraya adil. Mcm 2 jugak kpd pembankang. Pilihanraya adil akn melahirkn pemimpin yg bersih. Sume manusia ingin kan KEADILAN. Bersih dianggotai oleh ABIM( angkatan belia islam Malaysia), JIM( Jamaah islam Malaysia) dan mcm2 NGO serta Parti2 pembankang ( PAS,PKR, DAP).Full stop……


2)SPR mmg byk melakukan pernipuan dlm pengundian. Spt mcm kes di Pilihan Raya Parlimen Sibu antara DAP vs BN. Waktu itu setelah tamat pengundian pd Pukul 5pm SPR mengatakan bahawa yg keluar mengundi hanya 60%. Aku pon tgk la perjalanan pengiraan undian pd pukul 9pm undian majority pd DAP adlh 4000 majoriti. Alih2, pd Pukul 10pm lebey, keputusan diumumkn DAP mng hanya la 300 majoriti sahaja. Bygkn, dripda 4000 tggl hanya 300 sahaja. Last2 diaowg wt pembetulan lak, yg kuar mengundi adlh 72%. Mcm mne SPR bole kata sekejap laen, sekejap laen. Mcm chipsmore. Ini aku tunjukkn bukti bahawa
Satu umah ade 88 owg pegundi dan sowg bole undi smpai dua kali. Aku tk menipu.
Kowg bole tlg semak… aku bg link

http://www.tukartiub.org/pru-malaysia-tak-telus-penipuan-spr-terbongkar/

http://news.kyrul.com/bukti-spr-tipu-dan-juga-mengapa-perhimpunan-bersih-2-0-perlu/

http://www.negarakita.com/Post-236090-Lagi+Bukti+Penipuan+SPR+Didedahkan!+Tolong+Beri+Perhatian


Ini yg Bersih tentang. Penipuan dlm undian. Kalau nk bertanding dlm pilihanraya wt secara jantan. Bkn bacul spt ini. Bru HALAL kemenangan itu.

3)Okey. Aku gabungkn soalan nombor 3 dan 4.
Perhimpunan ini menyebabkn kesesakan. Okey. Kalau polis kawal selia perhimpunan ini dgn baik tanpa ada provokasi aku jamin perhimpunan ini akan aman. Tidak akan berlaku kesesakan lintas. Kalau sesiapa yg ddk KL nie mmg tahu kesesakan sentiasa berlaku di KL tk kire la sama ada hujung minggu or hari bekerja. Kalau benarkn perhimpunan aman bersih ini, ia hanya mengambil mase dlm 2 jam or 3 jam sahaja. Tanpa ada gangguan polis. Masalah kesesakan ini bermula apabila polis membuat sekatan jalan or bhsa English nye Roadblock. Kowg byg kn aku yg nk balik kampong di Negeri 9, pon ade Roadblock. Lps 2 aku pergi Melaka pon ade roadblock. Sng cerita roadblock 1 Malaysia. Bkn ade pon owg nk wt demo kt kampong aku 2.
Kalau polis bg permit nescaya x akn ade sowg pon kerugian or business kena tutup or kesesakan lalulintas. Sng cerita la. Abes 2, kerajaan buat Le tour de langkawi or Larian sne sni 2, kt KL, xde lak owg mengadu psl sesak. Siap tutup jalan selama berjam2. Bole pulak kowg terima. Kalau perhimpunan ini dibenarkan aku rase owg yg menyertai mesti lps itu dahaga, lapar, dan mcm2 lagi dan ade yg dtg dri Johor, Kelantan, Perlis or sbgainya mesti ingin beli sesuatu utk dibawa pulang ke kg. halaman. Bayangkan kalau yg dtg itu 300k, bpe byk perniagaan yg untung pd waktu itu. Selain itu, seminggu sblom perhimpunan Indeks komposit bursa saham Malaysia mencatat pertumbuhan dan ahli pakar ekonomi dunia mengatakan x ade kesan pd ekonomi Malaysia slps perhimpunan itu berlansung disbbkn oleh kestabilan ekonomi. Pelabur2 jugak x lari ke Negara lain malah diaowg still melabur lagi di Malaysia sbb diaowg menganggap perhimpunan ini adalah salah satu drpd kematangan politik dlm system Negara demokrasi. Kita dpat lihat di UK sendiri, ade je perhimpunan, but still Negara diaowg aman je tk de pon kucar-kacir. Okey nie aq bg link Pakar ekonomi ckp

Bursa saham meningkat menjelang bersih
http://malaysiakini.com/news/169800


Ekonomis: BERSIH tak ubah persepsi dunia
http://malaysiakini.com/news/169755


Kenapa tak buat distadium Shah Alam, Selangor.
Okey. Kenapa??? Sblum perhimpunan berlansung , Najib sendiri ade tawarkn utk BERSIH berdemo di dlm Stadium. Jerit la smpai ke malam. Lps itu, Bersih terima permintaan Najib tpi diaowg hendak buat di stadium merdeka. Last2, Polis kata x bole. Ape cerita ini. Sekejap bole, sekejap x bole. Alasan Stadium merdeka di KL, dan sempit. Nnti jalan sesak. Okey fine. Kenapa BERSIH pilih stadium merdeka, sbb nye disini bermula nye sejarah kemerdekaan Negara dan KL merupakan mercu tanda Negara didlm perubahan. Kita boleh lihat dimana KL merupakn nadi perubahan Negara dari zaman merdeka, sblum itu sewaktu tertubuhnya Malayan union, ramai rakyat Malaysia turun ke KL membantah Malayan union. Sume nye bermula di KL. Bkn di Shah Alam, Selangor. Okie. Nk Tnye la, kenapa bole bg Justin Bibier wt konsert di Stadium merdeka tpi rakyat sendiri nk wt perhimpunan aman kowg tk bg. Mesti ade bnde yg kowg takut sgt. Ish2…. Klw bg wt disitu aku percaya, x akan berlaku spt ari Sabtu lepas. Bersih bkn nk jatuhkn kerajaan, Cuma rintihan rakyat yg minta pilihanraya adil. Hanya owg yg takut dgn bayang2 sendiri sje cuba manipulasi dlm pilihan raya ini. Hak berhimpun dijamin dlm perlembagaan Negara Artikel 10. Kalau tk bg, baik tk pyh ade perlembagaan Negara.

4)Okie kenapa dan kenapa utk soalan 5.
Senang cerita la, kita kalau nk hantar memo tk kn sowg2 kot. Itu bkn memo namenye.
Cth… kowg pergi KFC, last2 beli ayam 2 basi or rosak ker. Lps 2 kowg mengadu kt KFC 2 mengenai ayam itu. Last2 dia ckp kt kau, awk sowg je yg mengadu, owg laen tk pon. Kita percaya mesti tiada tindakan diambil. Klw boikot pon kita sowg je. Ade effect tak kt KFC. Lagi dia kata. Suka hati awk la. Sy tk kesah pon. Bayangkn klw ramai yg mengadu dan mengambil tindakan memboikot KFC. Ape tindakan KFC. Mestila diaowg akn bertindak kerana takut kerugian berlaku. Macam 2 jugak Bersih. Kalau yg menghantar memo itu ramai, tentu SPR akn mengambil perhatian. Kalau sowg je antr memo 2 tk kn jdi ape2 la. YDP Agong pon akan kate… okie ramai yg mahu pilihanraya yg adil… YDP Agong akan menitahkn SPR utk ambil tindakan. Sbb Hanya YDPA sahaja tmpt rakyat mengadu sekarang. Kpd siapa lagi kami nk mengadu. Mcm dahulu semasa Israel menyerang Palestin. Ramai dri Pas, Pkr, Umno buat demo membantah kekejaman Israel dan menghantar memo ke kedutaan US. Bole pulak. Ade berlaku keganasan tak??? Xde kn. Lps abes demo, sume balik. Tkde lak yg bwk pisau ape sume, bom ke…. Xde kn… sme dgn bersih. Fullstop.

5)Kenapa tk bincang dgn SPR.
Bkn sekali je bincang. Dh byk kali sejak Tahun 2007 lagi. Bayangkn. Tindakan lansung tidak diambil. SPR hanya pekak kn telinga sahaja. Kalau SPR ambil tindakan, aku percaya xde sowg pon akan berdemo.Bersih dh bg peluang kpd SPR untuk ambil tindakan, tpi smpai sekarang, hanya jawapan lucu sahaja dibagi. Kowg leh tgk jwpn Pengerusi SPR bg kt dlm Newspaper.Dia kate tk bole laksanakn lansung. Aku tk ckp suruh kau laksanakan sume. Juz ade inisiatif kearah pilihanraya adil. Itu sahaja. Ini dok berdolak-dalih. Kate tk bole. Dan tk bole. Kalau tiada ikthiar mmg la sume tk bole. Cuba ambil cth penggunaan dakwat hitam dalam pilihanraya. Itu pun tk bole ker… ish2….Hendak seribu daya, Tk nk seribu dalih.... Fullstop....

6)Soalan ini ramai pertikaikn kalau PRU (PIlihanraya Umum)pd tahun 2008 tk adil, mcm mne Pembankang bole menang 5 negeri ( Kedah, Selangor, Kelantan, PP serta Perak (wlpon sekejap sbb dirampas BN)) dan 82 kerusi parlimen. Okie sng je jwpn. Kalau adil dh lame Pakatan Rakyat memerintah. Tak percaya. Wt la pilihanraya adil dahulu. Kita tgk spe ank jantan. Kalau setakat maen tipu sana sini. Tk pyh ckp. Aku akan puas hati kemenangan BN adlah kerana PIlihanraya yg adil bkn mcm sekarang ini. Menipu je memanjang.

Cukuplah aku cerita pasal BERSIH ini. Penat mengarang bnde ini.
Otak pon dh xde idea.
Sesapa yg nk komen. Komen la dgn bernas bkn dgn emosi.
Ini pandangan aku sbg Orang Muda Malaysia. Kalau nk terima, terima la.Kalau tk nk sudah.
Aku tk peduli pon.
Setiap owg ade pandangan masing2.
Mcm aq ckp kt ats tdi.
Okie… Aku nk caw dulu… jumpe lagi…
Bye2… Wassalam…

Habis ditulis Habis dibaca
Aku dh habis tulis, nk BLAH sekarang jugak… TQ

1 comments:

  ::FAIZ FARISH::

Thursday, July 14, 2011

no komen..